Perhatian kepada semua Gpk Pentadbiran.
Tarikh operasi kutipan data ialah pada 7 Ogos 2012 (Selasa) dan lampiran maklumat pentadbir yang telah di email ke sekolah masing-masing pada petang Jumaat 3hb Ogos 2012 perlu tindakan segera. Mohon sebarkan maklumat ini kepada rakan rakan. Terima kasih.
Yang menurut perintah,
Pengerusi Majlis Mantap.
2.
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah membekalkan sebuah
buku Modul Kompak Jurulatih Utama Kajian Tindakan untuk diedarkan ke
semua sekolah rendah. Sehubungan dengan itu pihak tuan diminta untuk mengambil
buku tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah Gombak mulai 23 - 25 Julai 2012.
Setelah dilulus di dalam mesyuarat agung pertama MANTAP, semua ahli telah bersetuju untuk mewujudkan logo MANTAP. Pertandingan ini terbuka kepada semua GPK Pentadbiran yang berminat. Hadiah istimewa disediakan hingga tempat ke 5. Segala penyertaan dalam bentuk " hard copy" dan "soft copy " sila masukkan ke dalam pegion hole SK Desa Amanpuri, Untuk Perhatian: GPK Pentadbiran,
Tahniah diucapkan kepada semua AJK Penaja Mantap yang telah berjaya merialisasikan penubuhan Majlis Permuafakatan Guru Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Daerah Gombak (MANTAP) Perasmian Majlis yang bersejarah itu telah disempurnakan oleh En Ibrahim b Yaacob ,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak Sektor Sains Kemasyarakatan mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.
Ianya telah ditubuhkan bertujuan menyediakan portal bagi para Penolong Kanan Pentadbiran Daerah Gombak. Selain itu, ia bertujuan agar perkongsian maklumat secara pintar dapat dijalankan dengan lancar. Adalah diharapkan semoga blog ini dapat digunakan sebagai rujukan kelak.