Info terkini

1. PERHATIAN! Kepada Pen Kanan sekolah-sekolah terlibat, sila hantarkan emel masing-masing ke compworldz@gmail.com bagi tujuan invitation ke laman forum yang dikhaskan.

Perincian Takwim 2013

PROGRAM SELEPAS UPSR

Wednesday, September 18, 2013

Sekadar berkongsi idea bersama teman teman Contoh kertas kerja Program selepas UPSR
.https://docs.google.com/file/d/0B85yEVGdJNc9ZlJTXy12VHJsdGM/edit?usp=sharing

Read more...

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Tuesday, July 2, 2013

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan percubaan dicadangkan pada 16,17 dan 18 Julai 2013. Kepada sekolah-sekolah yang telah membuat pembelian soalan percubaan tersebut boleh mengadakan peperiksaan pada tarikh tersebut memandangkan soalan yang yang dibekalkan adalah sama. Pemilihan tarikh tersebut bertujuan untuk mengelakkan berlaku kebocoran maklumat dan bersesuaian dengan tarikh akhir perlaksanaan pengisian SAP. Pihak sekolah dinasihatkan untuk menyusun jadual peperiksaan sebagaimana tatacara peperiksaan UPSR sebenar. Namun begitu, tarikh yang dicadangkan adalah sekadar pandangan dan cadangan dan pihak sekolah berhak untuk menentukan tarikh lain sekiranya ada perkara perkara lain yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih. Daripada Admin Majlis.

Read more...

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Gombak

Sunday, June 23, 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat daerah gombak akan dikadakan di SK Desa Amanpuri. Pertandingan akan berlangsung pada 25/6/2013 ( Selasa) untuk sekolah rendah manakala katagori sekolah menengah akan berlangsung pada 27/6/2013. Semua sekolah yang mengambil bahagian dinasihatkan untuk bersedia awal kerana acara akan dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi. Acara acara yang dipertandingkan pada kali ini ialah Dikir Barat, Nasyid Kontemporari, Melukis Poster, Melukis Banting, Sajak, Bercerita, Sketsa, Pembinaan Video Clip, Pembinaan Video Koperat dan Boria.. Majlis Perasmian akan diadakan pada kedua-dua hari tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Koodinator Program di talian 017-6898958.

Read more...

CUTI BERGANTI

24 Jun 2013 adalah cuti ganti bagi , Cikgu, murid bercuti. Pejabat sekolah dibuka seperti biasa, bermaksud staff dan PGB tidak bercuti. Semua PGB diminta menggantung notis di pagar sekolah  . Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Mohon maklumkan kepada rakan-rakan GPK pentadbiran di Selangor. Terima kasih.

Read more...

Muat turun Perancangan strategik Linus,Analisis Kira Guru,& Cth Fail Meja PK

Monday, March 18, 2013

Muat turun  pelan strategik.rar

 Untuk memahami proses muat turun melalui 4shared..boleh rujuk di blog ini. Terima kasih.
http://www.cybernetic88.com/bagaimana-memuat-turun-dari-4shared-tanpa-proses-menunggu.html 

Read more...

KEMASKINI APDM DAN e-OPERASI

Thursday, January 10, 2013

 Perhatian kepada semua GPK Pentadbiran untuk memantau perkembangan  pengurusan data sekolah:-

Tuan,
e-OPERASI DAN IPDM JANUARI 2013
1. Untuk makluman tuan, KPM sedang memantau pengurusan data. Oleh itu diharapkan pihak tuan dapat mengambil tindakan berikut;
        1.1  APDM - Apliksai Pengurusan Data Murid - sila kemaskini maklumat murid / kelas sebelum 15 Januari 2013
        1.2  e-Operasi - mohon kemaskini maklumat semua guru dan guru baru di sekolah tuan secara atas talian mulai sekarang.
2.  Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak tuan. Kesulitan amat dikesali.
Sekian, wassalam.

Read more...

JEMPUTAN WALIMATUL URUS EN SULAIMAN BUKHARI BIN AMIR

Sunday, November 18, 2012

Menyampaikan salam En Sulaiman Bukhari b Hj Amir dan Isteri ( Pen Pegawai Pelajaran Daerah Gombak Unit Sekolah Rendah ) menjemput semua Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Daerah Gombak (MANTAP)ke Majlis Pernikahan Anak lelaki beliau pada 24 November 2012 (Hari Sabtu) di Kuaters Institusi Pend Gombak Utara, KM 11 Jalan Gombak , mulai jam 11 pagi hingga 4 petang. Semoga kehadiran tuan puan sekeluarga akan menyerikan lagi majlis itu nanti.

Daripada
Pengerusi MANTAP.


Read more...
Powered by Blogger.

Tentang blog

Ianya telah ditubuhkan bertujuan menyediakan portal bagi para Penolong Kanan Pentadbiran Daerah Gombak. Selain itu, ia bertujuan agar perkongsian maklumat secara pintar dapat dijalankan dengan lancar. Adalah diharapkan semoga blog ini dapat digunakan sebagai rujukan kelak.


  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP  

Read more: http://www.mybloggertrick.com/2012/02/facebook-popup-like-box-with-timer.html#ixzz2CgmZBe7h