PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013
Tuesday, July 2, 2013
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan percubaan dicadangkan pada 16,17 dan 18 Julai 2013. Kepada sekolah-sekolah yang telah membuat pembelian soalan percubaan tersebut boleh mengadakan peperiksaan pada tarikh tersebut memandangkan soalan yang yang dibekalkan adalah sama. Pemilihan tarikh tersebut bertujuan untuk mengelakkan berlaku kebocoran maklumat dan bersesuaian dengan tarikh akhir perlaksanaan pengisian SAP. Pihak sekolah dinasihatkan untuk menyusun jadual peperiksaan sebagaimana tatacara peperiksaan UPSR sebenar. Namun begitu, tarikh yang dicadangkan adalah sekadar pandangan dan cadangan dan pihak sekolah berhak untuk menentukan tarikh lain sekiranya ada perkara perkara lain yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih. Daripada Admin Majlis.
Read more...